Powered By Blogger

Tuesday, 14 March 2017

Tips Keselesaan Perjalanan Bersama Anak-Anak

Assalammualaikum dan Selamat Tengahari

Cuti sekolah dah sangat hampir, mesti anda dah ada perancangan nak bawa anak-anak berjalan kan? Tak kira lah nak bawa mereka jumpa nenek dan atuk atupun nak melancong bersama-sama satu keluarga.

Namun, bagi yang ada anak-anak kecil, perjalanan jauh pastinya menyukarkan kerana ianya memang memenatkan. Bukan sekadar penat berperanan sebagai pemandu tetapi penat juga melayan karenah ank-anak yang buat hal di dalam kereta. 

Bergaduh lah, Menjerit lah, Menangis lah, apatah lagi jika anak itu sejenis yang 'hyperactive' dan tak reti nak duduk diam. Silap-silap mood untuk 'bonding time' pun terbang dan rasa nak patah balik rumah je kan?

Sabar...biasalah tu anak-anak. Jangan risau, ada caranya untuk kita atasi masalah sebegini. Di bawah saya bagi sedikit tips untuk ibu bapa sekalian ya! Boleh cuba nanti :)


Tips Keselesaan Perjalanan Bersama Anak-Anak 


☝ Menyanyi bersama semasa dalam perjalanan. 

Dengan adanya aktiviti yang menyeronokkan anak-anak tidak akan berasa bosan. Pasangkan koleksi lagu-lagu yang mereka sukai dan nyanyi bersama-sama, anda juga tidak akan berasa mengantuk apabila menyanyi. 


✌ Berborak dengan anak-anak.

Seronokkan dengar anak-anak bercerita? kadang-kadang tu boleh buat kita tergelak. Pada hari-hari biasa, mungkin tak sempat nak dengar cerita mereka jadi masa berada di dalam kereta ini lah kita nak berbual-bual. Fikirkan tentang topik yang membuatkan mereka teruja untuk berbicara. Dengan cara ini juga dapat mengeratkan lagi hubungan anda dengan si kecil tersayang.


☝✌ Bekalkan makanan ketika dalam perjalan jauh. 

Perjalanan yang jauh memang akan buatkan kita berasa lapar. Oleh itu, penting untuk sediakan snek sihat untuk anak-anak anda kerana anak-anak akan meragam sewaktu lapar. 



Ada banyak lagi cara...bergantung pada sifat anak anda. Kesimpulannya, binalah aktiviti yang anak anda gemar bagi mengelakkan mereka berasa bosan dan jangan sesekali memarahi anak-anak ketika dalam perjalanan yang jauh kerana itu boleh menyebabkan mereka memberontak dan menangis, ia mungkin juga akan mengganggu perjalanan anda. Selamat Bercuti~



Sumber: Mingguan Wanita



***
Perlukan kereta untuk perjalanan jauh ? 

Kereta Sewa Batu Berendam
019-7811444

 www.klezcar.com | 1300-88-4040 (24 jam)

No comments:

Post a Comment